Tadi aku check dalam laci locker aku, ternampak 1 pengikat kepala SELANGOR FC, kat pengikat kepala tu pulak ada sesuatu yang mengingatkan aku cerita time aku form 3 dulu. Time tu aku tengah gila-gila fanatik dengan pasukan bolasepak Selangor Darul Ehsan. Boleh kata waktu tu kalau orang nak cerita dengan aku pasal Manchester United ke, Arsengal ke, Chelseal ke, memang aku tak layan lah derr. Boleh Blah!!! Haha! *sorry kalau ada yang marah...*
Aku ada 1 kenangan manis yang memang aku susah nak lupakan. Waktu tu dalam pertengahan tahun 2005 sewaktu pasukan Selangor bertandang ke Stadium MPS kat Selayang untuk bertemu dengan pasukan tuan rumah yang berstatus kelab iaitu MK Land, petang tu aku berkayuh laju dari rumah pergi ke stadium, beli tiket grandstand yang berharga RM15, kunci basikal, beli makanan dgn minuman, kemudian duduk dalam stadium.
************************************************
sory la.. aku skip sikit pasal malas nak cerita panjang2.. hoho..!!
Permainan telah pun tamat dengan perlawanan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan kalau tak silap. Time tu la aku ambil kesempatan nak tengok pemain Selangor dari dekat, so aku berlari la pergi berhampiran dekat bilik persalinan. Nampak la pemain2 Selangor yang macho lagi bergaya berjalan penat ke bilik persalinan diorang. Ada la aku nampak muka2 lama macam Nazzab Hidzan, Tarmini Saiban, P Gunalan, D Surendran dan banyak lagi. Tetiba teringat pulak aku ada bawak marker pen dalam poket, jadi boleh la mintak autograph diaorang. Hehehe!
Bila diorang semua dah bersiap nak balik, time tu lah aku ambik kesempatan buat muka tak malu, hulurkan marker pen dengan pengikat kepala kat diorang dan mintak autograph.. Hasilnya, dapat lah autograph 6 orang player Selangor iaitu Haris Safuan, Nazrulerwan Makmor, Shukor Adan, Amri Yahyah, Brian Fuentes dan yang paling special, si BAMBANG PAMUNGKAS tu la... hoho! Nak tau kenapa dia yang paling special??
Time tu, dia ada bawak 2 tandan pisang, Jadi, bila dia nak bagi autograph tak kan dia nak pegang pisang2 tu kan.. So, dia suruh la aku pegang dua2 tandan pisang tu. Bila dah siap autograph, aku bagi la pisang tu kat dia. Pastu dia cuma ambil satu tandan aje sambil berkata...
"KAMU AMBIL AJA SATU LAGI PISANG TUU..."
Aku lak time tu cuma mampu ucap terima kasih je kat Bambang tu, padahal dalam hati aku dah excited cam beruk dalam Zoo dapat pisang. Hahaha! Sedang orang lain berbangga dengan bendera Selangor yang di bawa pulang dan di kibar bersama, aku pulak boleh berbangga dengan dengan autograph dengan pisang yang aku julang2 macam julang piala. Itulah hadiah paling special yang pernah aku dapat;
Setandan Pisang dari Bambang Pamungkas.
Hahaha! Thank you Bambang, I LOVE U BRO!
************************************************
No comments:
Post a Comment