Saturday, November 13, 2010

cinta+sayang:coklat

Perasaan kasih sayang sememangnya telah wujud dalam diri kita sejak kita dilahirkan. Percaya atau tidak, setiap manusia di dunia yang bernafas mempunyai rasa untuk dikasihi dan mengasihi insan lain. Kemahuan untuk mengasihi itu telah dibenihkan dalam diri kita secara fitrah, secara semulajadi menjadikan kita manusia yang dikatakan ciptaan paling sempurna di dalam Al-Quran. Hanya dengan perasaan kasih, sayang dan cinta itu juga yang menyebabkan kita lahir di dunia ini.

Ada manusia yang mengasihi manusia lain kerana sifat ikhlas, dan ada juga yang mengasihi dek kerna tuntutan nafsu. Memang seronok bilamana ramai manusia yang sukakan kita lebih ramai dari manusia yang kurang sukakan kita. Dalam memburu cinta yang ikhlas, kadangkala kita tewas dengan kulit suci yang melitupi daging yang busuk. Untuk dicintai, kita perlu memulakan dengan memberi kasih. Sesudah itu, perlunya ada persefahaman dan juga perjanjian untuk menandakan termetarinya cinta. Bagi sesetengah manusia, satu cinta sahaja tidak mencukupi. Baginya, perlu ada tiga, empat atau seberapa banyak cinta mesti ada untuk dirinya. Apabila sudah terlalu banyak cinta yang ingin dimilki itu tercapai, maka akan hancurlah satu persatu hubungan itu jika cinta yang satu bertemu dengan cinta yang selainnya.

Dari situ, mulalah akan ada pihak yang akan rasa dipermainkan, yang berasa dirinya hanya ‘spare-tyre’, yang akan menjana perasaan dendam dan iri hati terhadap cinta yang selainnya. Jika biskut yang banyak segi enak dimakan, dengan sedikit rasa coklat yang ditambah untuk menaikkan rasa, tetapi cinta yang bersegi tiga atau bayak seginya mungkin kurang enak untuk dirasa.

Mata yang membunuh

Jika sudah ada seseorang yang telah menyerahkan jiwanya kepada anda untuk dicintai, dan anda juga membalasnya, mengapa perlunya anda mencari cinta yang seterusnya? Jika anda mempunyai sepasang mata untuk tidak dapat melihat selepas menerima cinta yang pertama tadi, sudah tentu cinta anda yang pertama tadi tidak akan terguris dengan permainan anda sebagai Presiden di Republik Cinta. Disebabkan gurisan itu telah mengoyakkan hati sehingga luka, maka, awaslah, cinta itu akan terus memburu anda untuk menagih cintanya kembali. Jika anda pula yang telah ikhlas memberi cinta, entah dimana silapnya cinta itu seolah-olah tidak menghargai anda, wajarlah anda mengambil keputusan untuk menginggalkan cinta itu.

Memang perit rasanya untuk sebuah perhubungan yang istimewa, yang telah dijalin sekian lama terputus di tengah jalan. Secara tidak sengaja, kerana putusnya perhubungan itulah akan bermulanya episod dendam yang tidak ada kesudahannya. Keakraban yang telah terjalin, membuatkan diri anda dan dia cukup mengenali antara satu sama lain. Dari situ, semua rahsia yang selama ini ditutup bersama, akan terbongkar satu demi satu. Lebih-lebih lagi jika anda atau dia sudah mempunyai teman yang baru. Dari situ pula, sakit-menyakiti akan berlaku, dan itulah yang dinamakan cinta bersegi-segi.

Biskut bersegi

Mengapa perlu menyakiti antara satu sama lain jika anda dan dia semasa masih dalam perhubungan pun tidak sekata? Jika semasa perhubungan itu terjalin anda sememangnya tidak secocok, mengapa perlu disakiti bekas pasangan itu, semata-mata untuk tidak mahu melihat dia bahagia dengan pasangan baru. Lebih baiklah jika tutupkan mata dan pekakkan telinga dari memusuhi si bekas pasangan dan kasih hati barunya. Jika dia adalah jodoh anda, di masa hadapan pasti betemu kembali. Persahabatan itu kan lebih berharga dari permusuhan?

Kadang kala, hakikat yang kita tidak mahu mengalaminya akan kita alaminya juga jika itu yang menjadi rencana kehidupan kita. Kadang kala, kesabaran amat diperlukan dalam menjalani kehidupan. Kehidupan dan kebahagiaan pula tidak dapat dipisahkan. Jadi, bahagiakan diri kita sendiri jika kita belum memiliki seseorang yang benat-benar dapat membahagiakan kita. Selalunya, cinta yang bersegi akan penuh dengan pengkhianatan dari luar rangkup cinta. Jika anda mengalami cinta bersegi ini, berhati-hatilah.

Dari penglihatan saya, seseorang yang sukakan seorang yang lain tidak akan dapat duduk diam dan sentiasa gelisah walaupun sudah mempunyai cinta yang bertakhta di hati. Apabila berlakunya pengkhianatan, rasa hormat sesama sendiri akan diketepikan. Mulalah maki hamun dihamburkan, dan berlakulah ‘perceraian’. Kenangan manis yang selama ini menjadi sandaran terus dijadikan alas kaki.

No comments:

Post a Comment